BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sabtu, 29 Ogos 2009

"Erti Kemerdekaan pada zaman skrang"

Salam.. apa khabar semua??? alhamdulilah sbb esoknya kita akan menyambut kemerdekaan yang ke 52. apabiila direnungkan kembali penjuangan tokoh kemerdekaan seperti Tunku Abdul Rahman, Mat Kilau, Datuk Bahaman dan sebagainya amat penuh menderita untuk memperjuangkannya.. Sepatutnya kita menghargainya. Tetapi erti kemerdekaan yang sebenarnya makin lama makin tenggelam dan mungkin pada masa akan datang cucu kita tidak faham maksud kemerdekaan. Bagi generasi kini kemerdekaan hanya "bebas". Bebas dari konteks apa? Itulah persoalan kita dalam blog kali ini.. Walaupun negara kita sudah merdeka selama 52 tahun, akan tetapi minda kita masing dikongkong dan belum merdeka.. Kini kita sedang dijajah dalam bentuk pemikiran dan budaya. Misalnya remaja pada zaman kini lebih suka mengangungkan budaya barat. Bahkan kadang-kadang mereka lupa akan sejarah kemerdekaan. Dan ada juga yang tidak tahu langsung tentang erti kemerdekaan.. Kita mestilah berani untuk membuka minda yang dibelenggu dengan pelbagai penjajahan pemikiran dan budaya. Janganlah kita menjadi seperti negara orang lain. Sepatutnya kita lebih bersyukur di bumi yang bertuah ini. Cuba perhatikan negara kita telah dijajah selama 446 tahun tetapi selepas kemerdekaan negara kita semakin maju dari aspek pembangunan tetapi minda masyarakat belum dimerdekakan. Kita mestilah cuba mengekalkan kemerdekaan negara kita yang telah dikecapi utk generasi akan datang dan memahami maksudnya yang tersirat dan tersurat. Janganlah hanya menyambut dengan secara besar-besaran tetapi tidak menyemai jiwa kemerdekaan dalam diri kita terutama sekali di bulan ramadan al-mubarak yang penuh rahmat ini. RENUNGKAN...

0 ulasan: